Cara Penyediaan Pita

  • Teknik Potongan Asas
  • Teknik Koyakan Asas
  • Teknik Menanggal Asas
  • Teknik Meregang Asas – Meluruskan Jari
  • Teknik Potongan Asas – Jalur Y
  • Teknik Potongan Asas – Jalur X
  • Teknik Potongan Asas – Jalur Sesotong
  • Jalur Sesotong Berkembar

 

Klik di sini untuk memuat turun arahan boleh cetak 

Acti-Tape – Cara Penyediaan Pita

1.

 

❒ Teknik Potongan Asas

  • Pita dimuatkan di dalam kota yang kukuh bagi melindunginya daripada rosak dan direka bentuk supaya anda boleh menggunakannya terus dari kotak.
  • Semasa menyediakan jalur-jalur untuk digunakan, sudut-sudut pada hujung yang dipotong MESTILAH dibulatkan bagi mengelakkannya tersangkut atau terangkat yang boleh menyebabkan ia tertanggal.

 

2. 

❒ Teknik Koyakan Asas

  • Bagi mendedahkan perekat untuk melekatkan pita, cara yang mudah untuk mengoyakkan kertas pelapiknya adalah dengan meregang dan memulas.

 3.

❒ Teknik Menanggal Asas

  • Perekat perlu didedahkan semasa menyediakan jalur untuk dlekatkan. Cara paling mudah adalah dengan menanggalkan pita dari kertas lapiknya menggunakan jari telunjuk anda. Bukan kertas dari pita.

   

4.

❒ Teknik Regangan Asas – Meluruskan Jari

  • Regangkan keseluruhan permukaan pita dengan sekata tanpa menyentuh perekat.

 

5.

❒ Teknik Potongan Asas – Jalur Y

  • Belah jalur separuh daripada ukuran panjangnya dan bulatkan sudut-sudut tajam pada 2 kakinya.

  

6.

 

❒ Teknik Potongan Asas – Jalur X

  • Lipat jalur dan belah separuh daripada panjangnya.
  • Bulatkan sudut pada 4 kakinya.

 7.

❒ Teknik Potongan Asas – Jalur Sesotong

  • Setelah memotong Acti-Tape dalam ukuran panjang yang sesuai dan membulatkan salah satu hujungnya.
  • Belah bahagian tengah jalur 2/3 daripada panjangnya (secara memanjang). Lakukan yang sama pada kedua-dua bahagian yang telah dibelah.
  • Tindihkan keempat-empat kaki tersebut di atas satu sama lain dan bulatkan hujungnya.

  

 8.

❒ Jalur Sesotong Berkembar

  • Lipat jalur dan belah hingga separuh daripada panjangnya.
  • Lakukan yang sama pada kedua-dua bahagian yang telah dibelah.