Testimonial Lain

 
 
   Doris C. - Kesan lebam hilang... 
Saya jatuh di lobi lif dan tercedera di lutut. Kesan lebam yang besar muncul pada keesokan harinya dan lutut saya terasa amat sakit. Saya melekatkan Acti-Tape di kawasan lebam tersebut dengan potongan berbentuk jaring dan membiarkannya selama 2 hari. Kesakitan yang saya rasai berkurangan dan apabila saya tanggalkannya pada hari ke-3, hampir keseluruhan kesan bengkak telah hilang. Saya cukup gembira!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  Mr. Hui K - Sakit bahu berkurangan dengan ketara... 
  
Saya terasa sakit di bahagian bahu yang menular dari leher ke bawah. Selepas melekatkan Acti-Tape di kawasan yang saya rasakan sakit itu, ketidakselesaan mula berkurangan selepas kira-kira 30 Minit. Dalam tempoh sehari, kesakitan tersebut berkurangan dengan ketara.

 
 
 
 
 
   Chris W. -  Ia menyelesaikan masalah sakit belakang dan saya berasa lebih baik sewaktu bangun pagi...

Saya mengalami kesakitan pada belakang akibat batuk yang teruk. Saya menggunakan Acti-Tape pada tulang kipas dan ia membantu menyelesaikan masalah tersebut dalam tempoh kira-kira 30 minit sebelum saya berasa lebih baik dan masuk tidur. Saya berasa lebih baik lagi selepas bangun pagi.  
 
 
 
 
 
 
 
Siu Fun, United Kingdom -  Saya sungguh terkejut, kesannya hampir serta-merta....
 
"Saya akan menghebahkan kepada SEMUA ORANG mengani pita ini! Pagi tadi adalah kali pertama saya menggunakan Acti-Tape pada lutut saya.
 
Saya sungguh terkejut: kesannya belaku hampir serta-merta – ia menghilangkan kesakitan sepenuhnya. Saya masih dapat rasakan sedikit denyutan kesakitan, tetapi ia jauh berkurangan berbanding kesakitan yang amat sangat yang saya rasai sepanjang beberapa hari lalu. Setiap kali saya duduk, lutut kanan saya terasa amat sakit.
 
Sekarang pastinya saya berasa yakin dengan larian 10km saya dan akan menyertai larian tersebut (BUPA 10k) dengan lutut yang berbalut dan mempamerkan tampalan pada lutut saya kepada semua orang!!!"
 
 
   
   Kita dengar apa pula kata orang lain...

  • Bersedia untuk Olimpik dengan peralatan dan perkakas terbaik adalah sesuatu yang amat penting. Acti-Tape adalah salah satu kelengkapan yang saya sentiasa bawa bersama. Ia mudah untuk saya gunakan sendiri dan memberi hasil yang hebat!

  • Berlatih dengan bersungguh-sungguh masih belum mencukupi. Rehat selepas latihan dan kemampuan untuk pulih dengan pantas juga amat penting. Acti-Tape membantu saya pulih dengan pantas agar saya boleh berlatih dengan lebih bersungguh-sungguh.


  • Kini dengan Acti-Tape, tiada lagi kesakitan kecil yang sering mengganggu. Ahli fisio saya menggunakan beberapa teknik dan saya sentiasa kagum bagaimana ia menghasilkan keajaibannya. Ia mencergaskan hari-hari saya.


  • Kesakitan kecil hilang apabila Acti-Tape ditampal. Dengan hanya beberapa jaluran, saya dapat menjalani kehidupan tanpa kesakitan. Alangkah baiknya jika saya menemuinya sejak dari dahulu.


  • Postur badan saya perlu diperbetulkan. Dengan Acti-Tape, saya melatih diri sendiri untuk mengekalkan postur tubuh yang baik. Jalur kecil Acti-Tape sentiasa memastikan agar saya berada di landasan yang betul.


  • Membuat persediaan untuk larian maraton yang ekstrim adalah sukar. Tendon Archilles saya akan melalui ujian getir. Namun dengan bantuan teknik yang betul, saya mampu pulih daripada kecederaan kecil dan membina keyakinan untuk menamatkan larian dalam masa yang lebih baik dari jangkaan.


  • Musim demam alergi pada tahun ini tidak akan menjejaskan saya. Sejak menemui Acti-Tape, saya yakin bahawa saya tidak akan kesesakan nafas. Mengagumkan!


  • Selepas mengelami kecederaan pinggang, saya tidak dapat berjalan atau berdiri tegak. Dengan sokongan Acti-Tape, saya berasa selamat dan kemas dan ini membolehkan pinggang saya berehat. Lazimnya saya memerlukan 2 minggu untuk pulih, tetapi kini hanya beberapa hari. Tiada lagi masalah, walaupun semasa mandi pancuran air.


  • Setelah melakukan rawatan, saya merasakan bahawa saya ingin meluaskan kesan rawatan saya. Dengan gabungan urutan dan balutan Acti-Tape, saya telah mendapat jawapannya. Hasil yang saya peroleh menjadi bertambah baik dengan ketara dan menyebabkan tubuh pelanggan mampu sembuh sendiri. Saya begitu meminatinya.


  • Terapi selama 6 bulan untuk bahu saya yang kaku tidak menunjukkan sebarang hasil. Kini dengan kombinasi senaman yang betul dan Acti-Tape yang menstabilkan bahu saya, saya dapat mengangkat tangan saya. Saya sudah mampu menyikat rambut tanpa sebarang masalah.


  • Sebagai seorang jurulatih, saya sentiasa terbuka kepada kaedah-kaedah baharu. Saya memang tidak pernah dengar berkenaan Acti-Tape sebelum ini tetapi sejak salah seorang atlet saya pulang dari kunjungannya dengan Fisio, saya menjadi skeptikal. Mana mungkin sekeping jalur tampalan boleh memberi perubahan? Tapi sekarang saya tidak lagi begitu kerana saya telah menyaksikan sendiri keputusan yang amat mengagumkan. Sungguh ajaib!


  • Apabila saya terlihat pita tampalan yang seperti perca, saya sangkakan ahli terapi melakukan kesilapan semasa menampalnya. Tetapi apabila saya rasakan kesakitan hilang serta-merta, beliau menjelaskan tentang kesan angkatan kulit yang mewujudkan ruang dalam tisu-tisu lembut. Kurang tekanan dan lebih edaran. Apa yang saya mampu katakan hanya, Terbaik!


  • Arahan yang diberikan dalam laman sesawang, manual terperinci dan kursus-kursus yang menarik telah menjadikan proses mempelajari cara melekatkan Acti-Tape semakin mudah. Tidak sangka saya boleh menjadi mahir, tetapi hakikatnya saya memang telah mahir dan menghasilkan keputusan yang hebat. Sebuah dunia baharu dengan pelbagai kemungkinan terbuka di hadapan saya.


  • Kaki saya bengkak disebabkan oleh endema hingga memerlukan saya memakai alat sokongan kaki. Saya sentiasa ternanti-nanti hari apabila kaki saya ditampal dengan jalur-jalur pita Sesotong. Kesannya adalah sama dengan alat sokongan tetapi lebih selesa dipakai dan kelihatan menarik.


  • Sebagai ibu kepada 4 orang anak lelaki, saya sentiasa bimbang tentang bentuk-bentuk kecederaan yang mereka alami apabila pulang ke rumah selepas persekolahan atau bersukan. Sejak saya memiliki Acti-Tape di dalam laci dapur saya, di sebelah plaster, kebimbangan saya hilang. Saya hanya perlu layari laman sesawang actitaping.com untuk mencari kaedah balutan yang sesuai dan 1-2-3 selesai! Saya menjadi ibu gembira!


  • Waktu kerja yang panjang di hadapan skrin komputer sering menjadikan kepala saya sakit kerana postur tubuh yang tidak sempurna. Tetapi saya hanya memerlukan 2 jaluran di leher dan sakit kepala hilang. Saya juga boleh melekatkannya sendiri jadi saya tidak bergantung kepada oarang lain.


  • Saya memakai Acti-Tape selama kira-kira 12 jam dan bila saya bangun tidur, pergelangan kaki saya tidak lagi terasa sakit. Terima kasih Acti-Tape.


  • Saya telah mengalami pelbagai tahap kesakitan di bahagian siatik sekurang-kurangnya selama 10 tahun. Konsultasi pertama menggunakan Acti-Tape telah mengubah hidup saya. Tubuh saya rasa berbeza. Badan saya dibalut dengan Acti-Tape selama 3 hari dan kerap kali saya terlupa bahawa saya sedang memakainya! Ia menghasilkan keputusan yang sukar dipercayai!