Merehatkan Otot Trapezius

 Cara Penggunaan:

  • Tanda : Kekejangan Otot Trapezius  
  • Posisi semasa menampal:Duduk / Berdiri
  • Penyediaan Pita: Jalur I x 3 

 

Klik sini untuk muat turun aplikasi boleh cetak          

Acti-Tape Langkah oleh Arahan Langkah: Merehatkan Otot Trapezius

1.

  • Duduk atau berdiri tegak. Lekatkan salah satu hujung jalur I pada bahagian tepi leher menghala ke bahu. Gerakkan bahu ke atas perlahan-lahan dan lekatkan jalur tersebut ke atas bahu dengan sedikit regangan. Rehatkan bahu.

 

2.

  • Lekatkan jalur I yang lebih pendek secara mendatar pada bahagian atas sedikit dari tulang kipas agar menindih jalur I yang pertama di tepi bahu. Gerakkan bahu ke belakang secara perlahan-lahan. Lekatkan semula jalur tersebut dengan regangan sederhana. Rehatkan bahu.

 

3.

 
  • Lekatkan jalur I yang ketiga dengan salah satu hujungnya menindih kedua-dua jalur yang pertama dalam kedudukan menghala ke bawah hingga ke bawah tulang kipas. Gerakkan bahu ke belakang secara perlahan-lahan. Lekatkan semula jalur tersebut dengan regangan sederhana. Rehatkan bahu.

4.

  • Ratakan jalur dengan kemas untuk menyempurnakan tampalan.

Bahagian berwarna kuning menunjukkan regangan sederhana pada jalur.