Sejarah
Ilham bagi mencaipta pita sukan terapeutik elastik (Kinseiology Tape) telah dicetuskan oleh seorang kiropraktor Jepun yang dilatih di Amerika Syarikat. Konsep rekaannya tercipta pada awal tahun 1970an dan sejak itu, konsep tersebut telah berkembang menjadi pita khas yang membantu tubuh untuk pulih sendiri.


Premis asas menyatakan bahawa pergerakan dan mengekalkan aktiviti dalam otot adalah perlu untuk pemulihan. Pelbagai versi pita telah dibangunkan untuk menyokong otot tanpa membataskan pergerakan atau rangkaian gerakan. Otot juga disangka mempengaruhi peredaran darah. Pita yang ditampal pada kulit yang direngangkan telah didapati amat berguna dalam mengurangkan bengkak setempat yang dikaitkan dengan pembedahan, kecederaan orthopedik atau sukan dan trauma yang teruk. Ia juga didapati amat bermanfaat dalam rawatan limfedema. Gabungan teknik dan pita boleh menghasilkan kesan yang unik pada sistem tubuh yang berbeza dengan menyokong ciri-ciri elastik tisu tubuh seperti kulit dan otot. Ia telah digunakan secara berkesan di Asia selama lebih 20 tahun dan diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 1995.

Penggunaan pita sukan terapeutik elastik (ada kalanya dikenali sebagai pita kinesiologi) telah membantu begitu ramai atlet mengekalkan keunggulan fizikal, walaupun semasa melalui rejim latihan yang amat keras dan acara sukan intensif.