Testimonial

 
 
   Louis Kwakye - Atlet Elit 400 meter 
  Kuasa penyembuhan sendiri Acti-Tape yang tiada tandingan...
 
  ● Tempat ke-3 100m Lelaki Senior UK
  ● 400m 5th UK Senior boys
  ● Simpanan 4x400m Junior Dunia Beijing
  ● 4x400m Bawah 23 Tahun Negara-negara Anggota Eropah
  ● Juara Universiti-universiti British 2007, 2010
  ● Pemegang Rekod Universiti-universiti British 2007
 
 
Saya telah mengalami pelbagai tahap kesakitan di bahagian siatik sekurang-kurangnya selama 10 tahun. Rundingan pertama dengan Hans, ahli fisioterapi saya dan Acti-Tape telah mengubah hidup saya. Tubuh saya rasa berbeza. Badan saya dibalut dengan Acti-Tape selama 3 hari dan kerap kali saya terlupa bahawa saya sedang memakainya! Apabila ditanggalkan, saya rasa kulit saya seperti terangkat dan ini memudahkan peredaran darah. Atau dengan kata lain, tubuh saya seakan telah melalui proses baik pulih dalaman dan luaran secara menyeluruh dan hasilnya sangat menggalakkan. 

Sebagai pelari 400 meter dan ahli Eden Elites Olympic Team, saya menggunakan Acti-Tape semasa latihan harian saya. Sudah 1 tahun saya menggabungkannya ke dalam rutin harian dan saya boleh mengesahkan kesan positif yang dihasilkan. Ia melonjakkan prestasi saya memandangkan saya boleh sembuh dengan lebih pantas menggunakan Acti-Tape selepas menjalani latihan intensif. Cara menggunakannya adalah mudah, ia tidak membataskan pergerakan saya dan ringan untuk dipakai. Jika saya merasa sedikit kesakitan, ketidakselesaan atau bengkak, saya tahu kuasa penyembuhan sendiri yang saya miliki dengan menggunakan Acti-Tape sememangnya tiada tandingan.
 
 
Amy W. - Pelari Amatur
Acti-Tape mempunyai kemampuan yang mengagumkan untuk meyembuh dan menghilangkan kesakitan dengan ketara, secara serta-merta. Ia bejaya meyakinkan saya...
 
Saya baru sahaja mendaftar bagi menyertai acara separa maraton pada bulan November dan telah memulakan latihan baru-baru ini. Malangnya, saya memulakan latihan menggunakan sepasang kasut baharu. Saya mula berlatih pada hari Rabu tanpa menjangka sebarang perbezaan dalam larian menggunakan kasut baharu. Saya berlari di atas treadmill selama 60 minit dalam pelbagai kelajuan dan sesi daya tahan, meliputi jarak sejauh lebih 10 km. Selepas senaman, saya tidak merasakan apa-apa yang tidak kena hinggalah keesokan paginya. Kaki kiri saya terasa sakit di bahagian atas apabila dilenturkan oleh pergerakan semasa berjalan. Ia amat menyakitkan sehingga saya mengambil keputusan untuk mencuba Acti-Tape. Saya potong sekeping dalam bentuk jaluran Y dan dua lagi dalam bentuk biasa serta menampal kesemuanyanya seperti yang ditunjukkan dalam gambar (semuanya berwarna seperti kulit). Dengan serta-merta saya dapat merasakan sokongan daripada tapak kaki hingga ke bahagian depan dan atas. Saya dapat berjalan dalam tahap kesakitan yang jauh berkurangan sepanjang hari. 
 
Saya tidak menanggalkannya semasa mandi dan memakainya sepanjang malam. Tiada langsung kesakitan saya rasai apabila bangun daripada tidur (sunggung mengagumkan!). Oleh itu, saya menanggalkan jaluran-jaluran sokongan dan mengekalkan jaluran Y, menyangkakan kaki saya sudah sembuh. Walau bagaimanapun, setelah beberapa minit berjalan seperti biasa, saya tahu yang kecederaan saya masih belum pulih sepenuhnya dan pita tersebut telah membantu mengurangkan rasa sakit. Jadi saya tampal potongan jalur baharu (satu lagi gambar dengan pita wrna biru) bagi memastikan sokongan di bahagian tersebut. Kesakitan berkurangan dengan ketara secara serta-merta dan saya boleh berjalan serta merasa hampir seperti biasa sepanjang hari. Ada kalanya saya menggayakan pergerakan berlari dan tidak merasa sebarang kesakitan.
 
Pada masa yang sama, kedua-dua labu betis saya juga terasa sakit setelah menjalani senaman secara agresif. Kesakitan tersebut tidaklah terlalu teruk. Saya menyapu krim urutan pada keduanya dan setelah berehat sehari, sebelah labu betis saya berasa lebih baik daripada yang sebelah lagi. Pagi ini, labu betis kanan saya masih sakit, lebih sakit berbanding sehari sebelumya. Jadi saya menampal Acti-Tape padanya. Saya potong menjadi bentuk kipas dan tampal (seperti ditinjukkan dalam gambar). Sekali lagi, kesakitan berkurangan dengan amat ketara, secara serta merta. Saya benar-benar hairan dan kagum. Saya akan memakai pita-pita ini sehari lagi dan semasa senaman bagi memastikan otot saya disokong dengan sewajarnya.

Kini saya benar-benar faham mengapa salah seorang rakan ahli sukan saya, yang juga aktif menggunakan Acti-Tape, berkata beliau membawa bersama segulung pita tersebut pada sepanjang masa. Ia mempunyai kemampuan yang mengangumkan untuk memulih dan menghilangkan kesakitan!! Ia berjaya meyakinkan saya!
 

Katrina - Pelari Novis
Saya mempelajari cara untuk menggunakan Acti-Tape semasa larian latihan dan masalah kesakitan otot saya terasa berkurang dengan ketara...

Leo – Ahli Sukan Amatur
Saya tidak lagi berasa sakit pada kaki kanan dan boleh berlari seperti biasa dengan kekuatan yang sama pada kedua-dua belah kaki...

!